Portal Maklumat Segala Pinjaman Perumahan

Sebab-Sebab Refinance
Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;

Jimat Interest dan Duit

Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.

Menurunkan Ansuran Bulanan

Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.

Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik

Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.

Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak

Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.

Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

Pentingnya Faktor-Faktor Persekitaran
Soalan: Apakah tiga faktor paling penting apabila memilih sebuah rumah?

Jawapan: Lokasi, lokasi, lokasi

Apabila memilih sebuah rumah, pakar-pakar hartanah menasihatkan pembeli supaya mementingkan lokasi sesebuah rumah. Biasanya, pembeli tertarik kepada faktor-faktor yang kurang penting mengenai rumah yang ingin dibeli. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan juga memberi perhatian kepada persekitaran rumah dan bukan saja rumah tersebut. Faktor persekitaran adalah seperti jiran, imej, kebersihan, kedamaian dan sebagainya. Tersenarai di bawah adalah faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan apabila membeli rumah:

Gaya Hidup

Gaya hidup anda amat penting untuk dipertimbangkan apabila membeli rumah. Contoh sekiranya anda merupakan seseorang yang suka membeli-belah, maka adalah lebih sesuai anda membeli rumah yang dekat kepada pusat membeli-belah. Ataupun anda sudah bersara dan anda minat bersenam, persekitaran yang ada banyak pokok dan taman-taman adalah lebih sesuai untuk anda. Ramai pembeli kesal setelah membeli rumah yang jauh daripada tempat kerja.

Sistem Pengangkutan

Salah satu faktor yang penting adalah sistem pengangkutan. Adakah lokasi rumah yang ingin anda beli selalu ada kesesakan jalanraya? Adakah ianya dekat dengan LRT atau stesyen bas?

Persekitaran yang Selamat

Anda juga perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan. Anda pasti risau tentang keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda tinggal di kawasan dimana indeks jenayah adalah tinggi. Anda boleh membuat survey dengan mengkaji jenis penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan persekitaran. Ataupun, anda mungkin lebih minat kawasan yang “gated and guarded”.

Pembangunan Masa Depan

Buat kajian tentang pembangunan masa depan yang dirancang untuk lokasi anda. Kaji sama ada terdapat perancangan untuk membina pusat membeli belah, apartment, bangunan komersial, masjid dan lain-lain bangunan di kawasan yang berdekatan. Cara kawasan di persekitaran rumah anda diperkembangkan pada masa depan akan mempengaruhi harga pasaran rumah anda.

Fikir Tentang Pembeli Masa Depan

Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dalam lima sehingga sepuluh tahun, anda perlu ambil kira harga pasaran pada masa itu. Anda mungkin tidak kisah sangat tentang satu dua faktor negatif mengenai rumah anda tetapi kemungkinan pembeli lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan anda. Sekiranya anda memilih lokasi yang baik, nilai rumah anda akan naik dan anda akan mendapat untung yang banyak apabila menjual rumah anda kelak.

Nota Penting: Anda boleh ubahsuai rumah anda supaya ianya lebih menarik TETAPI anda tidak dapat anda tidak dapat membuat perubahan kepada persekitaran anda!

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Faedah
Ramai pemilik rumah kurang faham kenapa mereka tidak layak mendapat kadar faedah yang minima seperti yang diiklankan oleh institusi kewangan. Hakikatnya, kadar faedah ditentukan juga oleh faktor-faktor peminjam. Antara faktor tersebut adalah:

Skor Kredit

laporan kredit anda mempunyai pengaruh yang besar ke atas kadar faedah. Sekiranya laporan kredit anda sangat baik yakni anda bayar kad kredit dan hutang-hutang lain mengikut masa, ansuran bulanan hutang anda rendah berbanding dengan gaji anda, institusi kewangan akan yakin anda tidak akan menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan. Jadi mereka akan menawarkan pinjamam dengan kadar faedah rendah.

Jenis Hartanah.

Kadar faedah juga bergantung kepada jenis hartanah yang anda ingin beli. Secara umum, anda akan dikenakan interest yang lebih tinggi sekiranya anda membeli rumah kedua atau sekiranya anda bertujuan menyewa hartanah tersebut selepas membeli.

Tempoh Pinjaman.

Kadar interest juga lebih tinggi sekiranya anda meminjam untuk tempoh yang lebih singkat. Contoh kadar faedah biasanya lebih tinggi untuk pinjaman 15 tahun berbanding pinjaman 30 tahun.

Jumlah Pinjaman.

Secara umum, jumlah pinjaman yang lebih tinggi amaunnya, lebih tinggi kadar faedah.

Nisbah pinjaman : nilai rumah.

Kadar pinjaman : nilai rumah dikira dengan jumlah pinjaman yang dipohon bahagi dengan nilai rumah. Semakin tinggi nisbah tersebut semakin tinggi kadar faedah. Ini bermakna sekiranya down payment anda kurang dan jumlah pinjaman tinggi, maka lebih tinggi interest.

Lokasi.

Kadar faedah berlainan mengikut lokasi hartanah yang anda beli. Sesetengah lokasi yang dijangka akan mengalami perkembangan ekonomi dan infrastruktur akan menaikkan nilai rumah anda. Biasanya kadar faedah yang dikenakan oleh bank rendah dalam kes tersebut.

Cara setiap bank akan menilaikan faktor-faktor tersebut secara berlainan, jadi kadar faedah mungkin berlainan mengikut bank. Anda dinasihatkan untuk mendapat quotation daripada beberapa institusi kewangan sebelum membuat keputusan.

Tips Sebelum Membuat Cash Out Refinance
Setelah bertahun-tahun membayar ansuran pinjaman perumahan, maka baki hutang anda semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah anda (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang maka anda dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang anda. Ekuiti anda akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah anda naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.

Sebenarnya ekuiti rumah anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.  Cara untuk menggunakan asset anda adalah dengan cash out refinance di mana anda mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Kadar faedahnya sama seperti lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi. Duit daripada cash out refinancing boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:

menjelaskan hutang-hutang anda yang berfaedah tinggi seperti kad kredit

mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah anda

membiayai kos pendidikan anak-anak

membayar bil perubatan dan rawatan hospital

Berikut adalah beberapa tip yang penting semasa mendapat pinjaman perumahan ekuiti:

Berjumpa dengan Beberapa Pegawai Bank

Setiap bank mempunyai kadar faedah dan syarat-syarat yang berlainan. Jadi dengan mengambil masa untuk membuat kajian dan perbandingan, anda mungkin dapat berjimat faedah berpuluh-puluh ribu ringgit. Tempat yang paling mudah untuk mendapat maklumat adalah melalui internet di mana anda boleh mendapat maklumat dengan cepat daripada beberapa peminjam. Pengetahuan daripada kajian anda boleh dijadikan panduan apabila anda berjumpa dan berunding dengan pegawai bank. Ataupun, satu cara lain adalah mendapat bantuan daripada penasihat pinjaman  perumahan yang mewakili banyak bank.

Membuat Pilihan yang Bijak

Sebelum anda meminjam dengan menggunakan ekuiti rumah, anda perlu tahu tentang risiko pinjaman tersebut. Ini kerana sekiranya anda tidak dapat membayar balik hutang anda, bank akan melelong rumah anda untuk mendapat balik hutang mereka! Jadi sebelum membuat keputusan, anda perlu yakin dapat membuat pembayaran ansuran bulanan yang ditetapkan.  Peminjam tidak digalakkan untuk meminjam atas ekuiti rumah untuk tujuan seperti pelancongan dan pembelian asset yang tidak diperlukan seperti kereta mewah dan sebagainya. Menggunakan dana tersebut untuk tujuan perniagaan pun ada risikonya. Sekiranya anda gagal dalam perniagaan, rumah anda akan dilelong.

Laporan Kredit (Credit Rating)

Sebelum anda meminjam, anda perlu periksa credit rating anda. Sekiranya credit rating anda tidak beberapa baik, anda dinasihatkan memperbaiki credit rating dulu sebelum memohon supaya kadar faedah anda rendah.

5 Cara Memperbaiki Laporan Kredit
Semasa anda ingin memohon pinjaman perumahan, bank dan institusi kewangan akan merujuk kepada rekod laporan kredit anda dan membuat penilaian sama ada untuk meluluskan permohonan anda dan juga untuk menilai kadar faedah yang akan dikenakan. Sekiranya anda mempunyai laporan kredit yang kurang memuaskan anda boleh mengambil langkah-langkah tersebut untuk memperbaiki laporan kredit anda:

1. Mula Bina Rekod Yang Baik

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki laporan kredit anda adalah dengan membayar hutang-hutang yang tertunggak. Anda boleh menggunakan tunai lebihan anda sendiri. Sekiranya anda tidak berupaya untuk membayar anda boleh menghubungi peminjam dan mendapat bantuan mereka untuk menstrukturkan semula pinjaman. Anda boleh berunding satu pelan pembayaran balik dengan bayaran ansuran yang lebih rendah.

2. Batalkan dan Gabungkan Hutang-Hutang

Langkah ini seboleh-bolehnya dilakukan beberapa bulan sebelum membeli rumah atau membuat pembiayaan semula. Anda boleh membatalkan kad kredit yang tidak terpakai. Semasa anda membatalkan kad kredit pastikankad kredit anda betul-betul telah dibatalkan dan ianya tidak ada baki yang tinggal. Hadkan kad kredit anda kepada 2 atau 3 kad kredit. Sekiranya anda ada beberapa pinjaman peribadi cuba gabungkan hutang-hutang tersebut kepada satu atau dua akaun sahaja.

3. Pilih Masa Yang Baik

Semasa anda memohon pinjaman perumahan pastikan bahawa tunggakkan pinjaman sedia ada anda tidak melebihi sebulan. Seboleh-bolehnya pastikan anda mempunyai rekod pembayaran yang baik sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memohon pinjaman perumahan. Sekiranya anda ingin memohon beberapa jenis pinjaman pada masa yang sama, seboleh-bolehnya buat permohonan satu per satu. Buat permohonan pinjaman kedua selepas berjaya memohon pinjaman pertama dan sebagainya.

4. Elak Daripada Menjadi Seorang penjamin

Elak daripada menjadi seorang penjamin. Sekiranya pihak peminjam tidak membayar hutang mereka anda terpaksa menanggung hutang tersebut dan ini akan menjejaskan laporan kredit anda. Kebanyakan penjamin terpaksa berada dalam senarai blacklist kerana tidak ingin membayar hutang orang lain. Anda juga perlu berhati-hati dalam kes kad kredit. Hutang pemegang kad kredit supplementary perlu ditangggung oleh principal.

5. Berbelanja Mengikut Kemampuan dan Jangan Lewat Bayar

Untuk memiliki laporan kredit yang cantik dalam jangka panjang, anda perlu berdisiplin. Belanja mengikut kemampuan dan juga membayar hutang mengikut masa. Selepas dapat gaji, pastikan anda membuat pembayaran hutang dahulu sebleum menggunakan baki yang tertinggal untuk perkara lain. Ramai di Malaysia kurang berdisiplin dan ini menyebabkan hutang mereka bertimbun-timbun.

Sebagai contoh: ramai pemegang kad kredit di Malaysia mempunyai baki kad kredit yang tinggi disebabkan penggunaaan kad kredit yang tidak terkawal serta faedah yang bertimbun daripada baki

yang tidak terbayar.